Monday, November 17, 2008

Kerana Ku Adalah Wanita Beginilah Nasibku


Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mendakwa wujudnya prasangka jantina oleh kerajaan terhadap ahli-ahli akademik tempatan ekoran kontroversi selepas perkhidmatannya tidak disambung.

Sebagai wanita pertama dilantik sebagai naib canselor di negara ini, kontrak Rafiah tidak disambung dan beliau hanya dimaklumkan mengenai keputusan itu 48 jam sebelum tempoh perkhidmatannya tamat.

Beliau dilantik menerajui UM pada bulan Mei 2006.

"Hanya kerana kami wanita dan kami tidak ada benda itu, maka kita tidak bagus," kata Rafiah kepada Malaysiakini di pejabat barunya di UM hari ini.

Bekas-bekas naib canselor UM - universiti tertua di negara ini - biasanya disediakan premis pejabat untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan.

Rafiah berkata ia amat menyedihkan kerana ada kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengajian tinggi dan "anda mengharap mereka bersikap lebih liberal dan maju dalam pemikiran mereka".

Rafiah, 61, adalah bekas pensyarah undang-undang dan bekas penolong gabenor Bank Negara.

Sedih Korang Bacalah Sendiri

Tahi' MinyakTurun Lagi Kata Pak Najib


Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:

• Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.15 seliter kepada RM2 seliter;

• Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter; dan

• Diesel dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.90 seliter.

Penurunan harga petrol dan diesel itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ini merupakan kali kelima kerajaan menurunkan harga minyak petrol dan diesel.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen pada 31 Oktober lalu.


Korang Baca Lah Sendiri

Demontrasi bogel lagi perbuatan tidak bermaruah

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) mengadakan demontrasi 'bogel' bagi membantah kerajaan Selangor menaik kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat sebagai tidak bermaruah.

Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan untuk berbogel sebagai membantah kerajaan Selangor bukan satu cara demontrasi yang wajar dilakukan.

"Kisah Nabi Adam a.s dimurkai Allah sehingga telah dibogelkan dan dihantar ke atas bumi. Dan sampai di bumi beliau terus mencari daun kayu untuk menutup auratnya, jadi kita yang bermaruah pun nak buat bogel.

"Bogel tak boleh dilakukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, tak ada manusia yang boleh terima bogel, dalam bilik air pun kita dianjurkan berdoa untuk mengelak gangguan syaitan.

"Masih banyak lagi cara untuk menyampaikan sebarang bantahan atau tidak puas hati tetapi janganlah sampai untuk berbogel, ini cara seumpama monkey," katanya selepas merasmikan kedai London Fish Tales di Tesco Mall di sini, hari ini.

Baru-baru ini Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar dilaporkan berkata mereka akan mengadakan demontrasi sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan Selangor untuk menaikkan kadar sewa rumah dari RM124 kepada RM250 sebulan.

Baca Sendiri Pasal Bogel