Thursday, September 18, 2008

Saham KL terus alami kerugian sehingga tengahari

Harga saham di Bursa Malaysia terus mengalami kerugian sehingga tengahari tadi, di tengah-tengah kegiatan jualan besar-besaran di seluruh dunia berikutan peningkatan kebimbangan mengenai kesan tempias kegawatan kredit AS dan banyak ketidaktentuan makroekonomi khusus yang ditambah beberapa ketidaktentuan politik domestik, kata para peniaga.

Sentimen keseluruhan kekal lemah dan ditambah dengan jualan besar-besaran saham perladangan dan kewangan, kata mereka.

Jualan besar-besaran oleh pelabur asing ke atas saham berwajaran tinggi terpilih telah menarik turun Indeks Komposit Kuala Lumpur sebanyak 3.74 peratus atau 37.53 mata untuk ditutup sesi pagi kepada 965.46, paras terendahnya sejak Jun 2005. KLCI dibuka 9.78 mata lebih rendah kepada 993.46.

Menurut Bernama, indeks Persahaan turun 40.73 mata kepada 2,120.87, Indeks Kewangan turun 332.06 mata kepada 7,827.65 dan Indeks Perladangan turun 237.31 mata kepada 4,604.91.

Sementara itu, FBMEmas turun 241.48 mata kepada 6,407.27, FBM30 turun 237.02 mata kepada 6,186.59, FBM-MDQ turun 166.17 mata kepada 3,843.26 dan FBM2BRD
turun 159.45 mata kepada 4,830.74.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 631 kepada 32 manakala 106 kaunter tidak berubah, 577 kaunter tidak diniagakan dan 23 kaunter digantung.

Volum dicatatkan 241.835 juta saham bernilai RM527.042 juta.

Bank Pembangunan Asia hari ini memberi amaran bahawa kegawatan yang melanda bank-bank utama di Barat boleh melanda badan peminjam utama Asia dan menyeru para pengawal selia dan bank pusat rantau ini untuk menyelaraskan tindakan bagi mengekalkan kestabilan.

Bursa-bursa tempatan menghadapi tekanan jualan berikutan jualan besar-besaran semalaman di Wall Street semasa Rezab Persekutuan AS membelanjakan AS$85 bilion untuk menyelamatkan badan korporat AIG gagal menenangkan para pelabur.

"Kebimbangan timbunan kerugian kredit telah mencetuskan jualan ketakutan di bursa di seluruh dunia," kata salah seorang peniaga itu.
Di antara saham berkaitan perladangan, Kuala Lumpur Kepong turun 90 sen kepada RM8.60, IOI Corp turun 18 sen kepada RM3.78 dan PPB Group turun 50 sen kepada RM7.90.

Baca Sendiri

Anwar tuntut Parlimen adakan sidang tergempar

akatan Rakyat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut supaya diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat, selewat-lewatnya pada 23 September, kerana mendakwa dewan telah hilang kepercayaan kepada perdana menteri dan kerajaan pimpinannya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, surat itu dibuat mengikut Peraturan 11 (3) Parlimen dan menuntut tindakan segera diambil kerana permasalahan politik yang berpanjangan.

Katanya, surat tersebut ditandatangani oleh beliau sendiri, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Sambungan di Malaysiakini