Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mendera anak teman wanitanya dengan mencucuk pemutar skru yang dipanaskan ke dubur kanak-kanak lelaki itu sejak tiga bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata, lelaki berumur 24 tahun yang bertugas sebagai penyiasat persendirian itu ditahan pada 16 April lepas kerana disyaki mendera budak lelaki berusia sembilan tahun itu dan serta kakaknya yang berumur 11 tahun.
"Teman wanitanya, seorang janda berumur 37 tahun, membuat laporan di Balai Polis Jinjang kerana tidak tahan dengan sikap teman lelakinya yang tinggal serumah sejak tiga bulan lepas," katanya di sini semalam.
Ahmad Sofian berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.
"Dia akan disiasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan mengikut Akta Kanak-kanak 2001," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment