Tuesday, April 29, 2008

Karpal Singh dan Lim kit Siang masih di buai mimpi

Sidang Dewan rakyat baru bermula hari ini selepas majlis angkat sumpah 2 hari yang lalu, dewan rakayat kalai ini mencatatkan sejarah yang tersendiri apabila buat pertamakali BN gagal menguaisai 2/3 majoriti didalam dewan apabila Pakatan Rakyat berjaya memperolehi 82 kerusi.

Rakyat berpendapat dengan jumlah kerusi yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat mampu memberi perdebatan dan hujah-hujah yang bernas pada sidang kali ini. Namun segelintir MP daripada pakatan Rakyat terutama dari DAP masih lagi mempersolankan perkara-perkara remeh-temeh

Bernama:

Setelah hampir sejam kemudian, barulah soalan kedua dapat diteruskan apabila Pandikar Amin mengingatkan lagi wakil-wakil rakyat mengenai pentingnya sesi itu demi kepentingan rakyat.

Keseluruhannya hanya tiga soalan dapat dijawab setelah tempoh sesi soal-jawab selama satu setengah jam berakhir pada pukul 11.30 pagi.

Persidangan bermula dengan Pandikar Amin mengumumkan pelantikan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) sebagai ketua pembangkang seperti yang dipersetujui dalam barisan pembangkang.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) kemudian terus mempersoalkan peraturan mengangkat sumpah Isnin lepas.

Pandikar Amin berkata urusan mengangkat sumpah sudah selesai dan semua yang mengangkat sumpah sudah sah menjadi Anggota Parlimen.

"Saya sudah buat keputusan dan saya rasa keputusan itu adalah muktamad. Ia adalah sah dan (itu) keputusan saya," kata Pandikar Amin

Dahlah aku mula menyampah tengok gelagat 2 MP ni asyik membangkitkan soal yang tak berapa penting kepada rakyat.. Sudah lahhh.. menyampah aku

No comments: