Tidak wujud sebarang pakatan antara ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dengan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dalam pemilihan barisan kepimpinan pergerakan Pemuda Umno Disember depan.
Mukhriz dan Dr Mohd Khir telah menyatakan kesediaan mereka untu dicalonkan untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno dalam pemilihan kali ini.
Jawatan tersebut kosong selepas Datuk Hishammuddin Hussein mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut Disember ini.
Beliau dijangka akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan kali ini.
Peluang bertanding jawatan Ketua Pemuda terbuka kepada semua pemimpin Umno kerana tiada had umur disyarat untuk merebut jawatan tersebut.
Hanya bagi jawatan naib ketua ke bawah sahaja yang mensyaratkan calon-calon mesti berusia di bawah umur 40 tahun.
Khairy membisu
Selain Mukhriz dan Dr Mohd Khir, Pemuda Umno Negeri Sembilan dan Perak telah menyatakan sokongan mereka kepada Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan ketua pemuda.
Bagaimanapun, Khairy yang juga naib ketua Pemuda Umno, sehingga ini belum menyatakan secara terbuka sama ada akan berbuat demikian.,
"Sebenarnya, tidak pernah ada pakatan dengan Khir untuk jawatan Ketua Pemuda Umno," kata Mukhriz.
Beliau yang juga exco Pemuda Umno berkata demikian ketika ditemui media di "retreat" ahli-ahli parlimen BN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam.
Ditanya sama ada wujud percubaan untuk menyekatnya berjumpa ketua bahagian dan perwakilan bagi mendapatkan pencalonan, Mukhriz menjawab: "Setakat ini tidak ada sebarang halangan.
Baca Seterusnya
Sunday, April 20, 2008
Mukhriz bukan regu Khir Toyo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment