Sunday, April 20, 2008

PKR jangan bongkak : Ali Rustam

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menggunakan perang psikologi politik dalam usahanya untuk menidakkan kesetiaan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap BN, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau percaya wakil rakyat BN sentiasa setia dan sayang kepada parti dan mereka tidak akan meninggalkan parti.

"Kita dengar macam-macam sogokkan yang ingin diberi oleh PKR untuk menarik mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesihatan Melaka Maju 2010 di sini, Sabtu.

"Mohd Ali berkata PKR dan pari pembangkang lain tidak sepatutnya mendabik dada kerana kerusi yang pembangkang lain pada pilihan raya umum lepas hanya kebetulan dan bukannya daripada sokongan sebenar rakyat"
Mohd Ali mengulas laporan akhbar hari ini bahawa Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa setanding Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi Perdana Menteri kerana beliau juga mempunyai gelaran doktor.

Dr Wan Azizah juga dilapor sebagai berkata beliau telah bersedia dan komited untuk menjadi "perdana menteri sementara".

Mohd Ali berkata PKR dan pari pembangkang lain tidak sepatutnya mendabik dada kerana kerusi yang pembangkang lain pada pilihan raya umum lepas hanya kebetulan dan bukannya daripada sokongan sebenar rakyat.

Rakyat mahu menunjukkan sedikit bantahan kepada kerajaan BN dengan mengurangkan undi yang diperolehi BN tetapi mereka bukan berhasrat untuk menukar kerajaan sedia ada, katanya.

"Semua kata nak kurangkan undi sikit, sikit, tetapi ramai-ramai dah kurangkan undi hingga BN hilang banyak kerusi dan hilang beberapa negeri," katanya.

Beliau berkata parti pembangkang dan pengundi sendiri pun terperanjat dengan keputusan di luar jangkaan pada pilihan raya umum lepas.

Dalam perkembangan lain, Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka meminta Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Negeri memberi fokus kepada Kempen Cara Hidup Sihat kepada penduduk negeri ini bagi meningkatkan jangka hayat mereka.

Beliau berkata menjelang Melaka Maju 2010 rakyat perlu mencapai jangka hayat yang lebih tinggi atau sekurang-kurangnya sama dengan peringkat nasional.

"Pada 2006, jangka hayat bagi wanita Malaysia ialah 76.3 tahun namun Melaka cuma 75.3 tahun. Bagi jangka hayat lelaki Malaysia ialah 71.5 tahun manakala Melaka ialah 69.6 tahun, Ini bermakna kita kena tingkatkan lagi tahap kesihatan warga Melaka," katanya.

Baca Seterusnya

No comments: